contact :019-6233479 (SYIMA)
NO call allowed, sebaliknya SMS/W.A,
saya pasti kurang dari satu ke 2jam saya akan reply, Jika anda telefon ia mungkin adalah waktu saya tidak sesuai untuk bercakap. Saya ialah Supermom yang membesarkan anak-anak tanpa maid, juga menghantar kek dengan sendiri pada weekdays. Harian saya sangat sibuk menguruskan anak-anak serta mendeko kek. Saya mohon jasa baik kalian supaya SMS/ W.A yer dear!
Dear All : Saya amat jarang update dan check blog untuk membaca sebarang comment...
Jadi untuk dapat respon yang cepat sila
W.A/sms 0196233479 (syima)

Wednesday, December 19, 2012

Durian crepe

Akhirnya durian crepe sudah sampai ke kedai kek afrina...hihih...
Acik sibuk semacam minggu sebelum ni dan mengambil masa lapang dengan berehat dari kesibukan.. hari ini setelah 3 kali percubaan meng-crepe...durian dulu-dulu tu bawa dari kampung semuanya acik tak sempat buat, mereka itu telah menjadi tempoyak seadanya...hehehe :)

Kembali ke topik durian crepe... ni acik siap sediakan resepi untuk memudahkan sesiapa yang ingin mencuba. Dan hasil daripada pengalaman mengcrepekan si durian ini.

dibawah ialah acik punya resepi sebab acik suka beger-beger resepi asal..hehe

resepi crepe
30gm/2tbsp tepung gandum (resepi asal tepung hongkong...acik x sempat ke hongkong membelinya yer)
30gm / 2tbsp tepung kastad
20gm / 1.5tbsp tepung ubi
20gm / 1.5tsp tepung high protein (hihi...resepi asal tepung kentang...kat umah acik xde tepung kentang...tepung buat roti adelah! nak buat roti jugak kan boleh guna tepung kentang....acik subsitude dari situ ajelah...)
20gm tepung jagung - acik x letak...acik guna separuh tepung gandum dan separuh tepung ubi..
3biji telur
250ml susu - sila guna susu yg d suhu bilik untuk mengelakkan adunan berketul...
1tbsp minyak jagung/ minyak masak pon okey...tapi ia akan berat sikitlah..(means berat ialah...kalau guna minyak jagung..u can get thinner crepe rather than minyak masak)

kacau semua rata dan tapis
masak mcm ketayap yg x perlu dialih2kan dan masukkan layerkan cream, isi durian n cream, dan balut...thats it
sila guna kuali yang x melekat...shontohnya tefal....:) kawan saya si juju boleh buat si crepe ni, bukankah kita sama-sama ke warehausenya kan?

whipping cream - beat them well until you get soft peak
isi durian secukupnya

ini durian crepe di kedai acik bagi sesiapa yang rasa ahh...xde masa nak buatlah si durian crepe ni...



Tips semasa membalut
dalam proses membalut, sila letakkan fillings (whip cream n durian) di bahagian crepe yg melekat pada kuali itu alahhh! yang permukaan mcm crepe yg mcm bulan tu, manakala bahagian yang tidak melekat pd kuali itu dibawah..., hasilnya crepe anda akan cantik dan smooth....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...