Checkout page is available for premium users
Kelas Kek Kahwin Personal

Kelas Kek Kahwin Personal

Size :
(0 customer review)
Gambar kek dibawah ini ialah gambar hasil daripada kelas kek kahwin bersama dengan Zie. Masa kelas tersebut..henpon acik kehabisan bateri, sebab acik terlupa dan kelam kabut masa tu untuk charge, manakala kamera cap ayam acik tu pun acik dah terlupa membawa bersama. Jadinya acik tiada gambar semasa kelas sedang berlangsung...sedih sangatkah cerita acik??? Mungkin x...tapi acik sadis...ya amat amat...

Zie mahukan stacked kek dua tingkat dan mahukan seperti lebih kurang sama dengan gambar kek yang beliau emailkan kepada acik. Harga untuk kursus menghias kek perkahwinan adalah berlainan mengikut jenis apa yang pelajar mahukan. Jadinya lebih baik kalian emailkan gambar kek yang mana kalian mahu hasilkan dan acik akan qoute prices.

Di dalam kelas seperti gambar dibawah, apa yang acik ajarkan ialah:

1. membuat sendiri fondant
2. cara memotong kek / cake leveller tanpa menggunakan alat cake leveller, sebaliknya dengan menggunakan pisau panjang
3. cara meletakkan filling dan meletakkan layer2 kek
4. crumb coat cake
5. assemblykan fondant diatas kek, tips and technique
6. cara meletakkan kek kecil diatas kek besar, bagaimana mengagihkan berat kek diatas ke bahagian kek dibawah supaya kek dibawah tidak kelihatan penyek, atau dalam bahasa seorang engineer ialah loading distribution
7. belajar membuat bunga gumpaste yang terlibat di atas kek tersebut.


bunga ros berwarna biru tersebut ialah bunga ros module yang diajarkan...manakala bunga ros yang berwarna pink ialah bunga ros yang dibeli dikedai2 bakeri. Besar dan shantekkan bunga ros biru itu?? Tapi salah satu bunga ros itu (sepatutnya 6 kuntum, sekuntum telah dipecah2kan oleh anak acik cik NINI...dan masa kami amat suntuk untuk menyiapkan lagi kuntuman tersebut. hurm....)



Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah idea saya iaitu...

Kepada mereka yang ingin mengambil module kelas kek kahwin...kalian boleh ambil bila2 masa Selasa dan Rabu, dan kek yang kalian belajarkan itu boleh kalian terus jualkan kepada customer kalian...senang kan? Maksudnya??? Maksud acik begini....katakan kalian terima order dari customer...mereka mahukan kek yang shantek2 yang kalian tak tahu bagaimana nak hasilkan...jadi kalian bolehlah request acik untuk masuk kelas dan kita sama2 siapkan kek tersebut. Bukan sahaja kalian dapat jimatkan kos, tetapi dalam masa yang sama kalian boleh belajar. Amacam? Bagus x idea acik...

untuk kelas kek kehwin sebegini harga start dari rm550