Checkout page is available for premium users
Afif Birthday Cake

Afif Birthday Cake

Size :
(0 customer review)
Ia adalah kek yang lewat 10hari dari tarikh. :).. Anak tokeh kek memang gitu.. menerima nasib yang keknya kemungkinan tiada ataupun lambat. Manakala tokeh kek memang tiada langsung lah kek birthdaynya.. hihi

Dia sangat mahukan saya membuat kek Ben10. Saya pula malaslah nak buat fingurine ben10 itu, lalu saya order edible image sahaja...letak gambar dia sebelah si Ben. Dan dia minta pada saya kek 2 tingkat sebagaimana Afrina punya kek Hello Kitty.

Saya bagitahu...'ibu dah ada design ibu sendiri dan ibu nak buatkan abang kereta Mc Queen car sebab ramai customer tanya saya...'akak reti tak buat real mc queen car cake?' Haaaa.... untuk pengetahuan kalian...soalan itu telah berjaya memerahkan telinga saya, marah le tu..hihi. Kerana in syaa Allah saya boleh buat apa sahaja bentuk yang kalian wish kan...hohoho.' Dengan tangan sebaik ini anugerah Allah...thanks very much padaNya.

Mula-mula masa saya ceritakan mengenai keknya ada kereta, dia menolak tidak mahu. Saya kata...biarlah, ibu punya sukalah sebab ibu yang buat...

Ini hasil kek beliau

tingkat atas 6inch rainbow cake
tingkat bawah 9inch choc fudge cake
small 3d cake mc queen car

range prices RM350






Semasa saya mengambilnya pulang sekolah...dia asek bercerita dan senyum sahaja sepanjang perjalanan. dia kata..
'ibu...terima kasih yer sebab abang sukaaaaa sangat!' - sambil peluk. :)

rupa-rupanya si Ustazah beliau memberikan kereta itu kepadanya...dan ia tidaklah dimakan, sebaliknya...letak aje di chiller kedai, ada sapa-sapa mahu angkat tangan!!!
kami sudah jemu, mahupun anak-anak