Bagi anda yang masih terpinga2 macam saya suatu ketika dahulu...Macamanalah gayanya nak menyedapkan dan menjadikan donut anda gebu dan sangat lembut...
Saya pun dahulu bukanlah seorang yang pandai membuat roti dan donut...selalunya keras ketung-baling-dinding-pon-dinding-yang-tembus-rasanya.... hehe
Ni saya bagi resepi...peranan utama yang melembutkan donut dan roti ialah...cara kalian menguli... Ahah!!! Donut saya menjadik? Sebab saya gunakan kekdah heavy duty mixer...acik ni kalo guna tangan tuk menguli mmg failed... Tapi kalo kalian sudi mencuba dengan tangan...dan tangan kalian lebih elok dari tagan acik ni...ape salahnye....
ni resepi yang acik tiru je dari belog jintan manis ni...mostly roti dan donut ikut resepi beliaunya menjadi..
Dan untuk kesukaan si anak-anak, acik guna je cutter fondant yang melambak di rumah ni..
Donut Mulus ( Tepung SuperFine dan Tepung Kanji Kentang)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
350 gram tepung Halus Superfine ( ros guna jenama BlueKey)
50gram tepung kanji kentang( ros guna jenama Bestari)
2 sudu besar susu tepung/skim milk ( x letak pun takpe)
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
150ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin@butter@shortening
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mulus ni nanti.
1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.
: