contact :019-6233479 (SYIMA)
NO call allowed, sebaliknya SMS/W.A,
saya pasti kurang dari satu ke 2jam saya akan reply, Jika anda telefon ia mungkin adalah waktu saya tidak sesuai untuk bercakap. Saya ialah Supermom yang membesarkan anak-anak tanpa maid, juga menghantar kek dengan sendiri pada weekdays. Harian saya sangat sibuk menguruskan anak-anak serta mendeko kek. Saya mohon jasa baik kalian supaya SMS/ W.A yer dear!
Dear All : Saya amat jarang update dan check blog untuk membaca sebarang comment...
Jadi untuk dapat respon yang cepat sila
W.A/sms 0196233479 (syima)

Wednesday, February 20, 2013

Harijadi AFRINA : Hello Kitty Cake

Dah dua hari berlalu birthday si Afrina...Saya tak menyempatkan diri membuatkan keknya., Biasanya kalo kek yang melibatkan ahli keluarga sendiri mesti ianya sangatttt....'M'.

Afrina bagitahu dia mahukan kek hello kitty. Sebab setiap kali saya buat kek hello kitty drawing untuk kedai dia akan bagi tahu...ibu nanti buatkan kakak kek hello kitty sama macam ni tau!! Dan lagi dua hari nak birthday saya tanya lagi...dan jawapannya tetap sama....'akak nak kek hello kitty yang ibu lukis atasnya'

Tapi ibu xnak bg lukis punya sebab ianya senang...heheheh! Apa guna mak tokey kek kan? Jadi saya nak ceritakan bagaimana dan berapa menet sahaja saya ambil masa untuk siapkan kek Afrina.

12.10am (20/02/13) - Saya mengadun kek...dia nak kek coklat...Ni 12 tengahmalam taw!
2.30am (20/02/03) - Saya siap memasak kek Afrina dan juga kek2 yang sewaktu dengannya ...banyak taw!
lalu saya tidur. Tapi semasa menunggu kek masak iaitu antara pukul 1240-230, saya siapkan perkataan fondant A.F.R.I.N.A dan bunga2 putih pink yang saya lekatkan pada tepi kek...juga nombor 5.
Lalu saya tidur kepenatan degan harapan akan bangun pukul 530 pagi... Nampaknya harapan kabur... Saya terjaga pukul 648pagi??? Hualamakkkk!!!! Anak-anak nak sekolah? Baju tak gosok?

Lalu dengan kadar segera, terus kejutkan ahli keluarga dan mereka2 yang berkenaan....siap2 semua pukul 730...Hubby hanto anak2 ke sekolah. Tapi saya tak boleh terus buat kek...sebab suhu badan Nini ( Sikecil) agak tiggi...macam demam je. Jadi saya spendkan masa cuba tidurkan dia...

810am (20/02/13) - Nini taknak tidur, saya masukkan ubat bontot. Selepas itu saya Charlie Chaplain macam lipas kudung, sebab kena hantar kek pukul 930pagi. Kek hape pun x siap lagi...
820am (20/02/13) - Start frosting kek... sempat lagi tu membuat fondant...semlm saya x buat si hello kitty tu sebab fondant tak cukup...buat itu ini begitu begini...kek siap pada !
940!!!

BERAPAKAH MASA ACIK SIAPKAN KEK SEBEGINI??? - 1JAM 20 MINIT
DAN SEKARANG ACIK RASA MENGANTUK....

ANYWAY, Afrina kata Ibu terimakasih buatkan kakak kek yang kakak nak....ramai kawan2 kakak cakap kek cantik dan sedap!

kek bahagian atas 6inch      choc fudge almost 1kg
kek bahagian bawah 9inch    choc fudge almost 2.5kg

range prices RM310



cikgu Ika, cikgu kesayangan afrina...tolong potongkan




Kepada Cikgu-cikgu PASTI Ar Raudhah Taman Dato' Harun...Terima kasih keranan membahagiakan anak saya dan mengajarnya....tqvm!!




2 comments:

  1. assalamualaikum,

    saya google pasti ar-raudhah taman dato harun jumpa plak entry ni. Anak syima sessi pagi ke petang. Kiranya sebaya dgn anak saya... Alesha (sessi petang).

    Hari Ahad ni datang tak tengok bola jaring? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam

      afrina sesi pagi...:)
      tak tengok bole jaring, sebab ahad jumaat-ahad ialah hari bz sedunia saya :) even sukan sekolah pon saya terlepas...:)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...