contact :019-6233479 (SYIMA)
NO call allowed, sebaliknya SMS/Whatsapp
Dear All : Saya amat jarang update dan check blog untuk membaca sebarang comment...
Jadi untuk dapat respon yang cepat sila
W.A/sms 0196233479 (syima)

Thursday, February 28, 2013

Kelas Asas Fondant

Tarikh : 16 March 2013
Tempat : Kedai Kek Afrina'
Masa : Pukul 10pagi-siap
Yuran : RM250
Kekosongan : 3 tempat

Module

Ni module kelas asas fondant, apa yang terdapat didalam module?
1. membuat sendiri fondant samada ingin menguli sendiri atau menggunakan heavy duty mixer. dengan menggunakan heavy duty mixer anda akan mendapat fondant yang lebih cantik, biasalah kalau buat roti dengan uli tangan dan machine...kan machine lebih bagus?
2. cara menyalut kek teknik crumb coat atau dengan menggunakan ganche choc untuk kek jenis chocolate
3. fondant assembly to the cake. cara meletakkan fondant pada kek
4. cara membuat cake border

Percuma : Membuat bunga dari gumpaste Fondant






Hello Kitty Cake

Kek yang senang buat bagi saya
3d small hello kitty cake for topper

Castemer minta tolong buatkan kek secara tergesa-gesa sebab tempat yang dia order tu cancel-kan plak...kata tak dapat buat...eventnya esok hari
9:30mlm dia call saya
10:00mlm confirmation (deposit bank in)
12tghri (ambil kek)

hebatkan?
dalam masa 1030mlm-12tghri acik ade 3 biji kek utk d siapkan...
acik terima sebab adunan kek yg direquest sudah acik siapkan, cuma tunggu masak shj... dan cik customer x banyak 'Pe-el'
acik? PENAT!
Sesiapa yang baca post ini...'selalunya saya x ambil order sebegini ..)


choc fudge n buttercake = 2kg
hello kitty small cake for toppers
RM170/2kg
RM120/1.2kg




Ipad cakes

Order dari Norashekeen Abd Wahab..(ambil dari FB) huhu
Dia telah berjaya mengawalkan tarikh keknya...kelam kabut acik carik tempat print gambar si ipad ni...adesss! dan sangat kelam kabut masak kek beserta anak kecil yang sangat baik asyik nak berkepit je lately...
Kepada kalian yang nak mengawalkan tarikh kek...apa yang anda harus mengerti ialah...., sometime you have to wait...kadang2 siap pada 1-2 sebelum event, and sometime...my schedule pack dan saya akan cancelkan order...Wang deposit akan tetap dipulangkan....(jika kek tak buat lagilah kan?)

Tapi dengan sedaya upaya, cuba memahami kalian...kadang-kadang silap tarikh...dan kalian sangatttt mahukan kek tersebut kan? dan saya sedaya upaya cuba membuatnya jugak lah jika tiada aral.

Red Velvet Cake inside
1.2~1.4kg
RM220

if choc fudge or buttercakes
RM200





Birthday cupcakes fondant

its a fondant
9pcs  2 flavor cakes  (Vanila n Choc cake)
Free Delivery Taman Medan, Taman Sri Manja and Sentosa

RM80


Princess Yaya Fondant

Nak baju sama Yaya Boboiboy
Tapi jadikan baju bahagian bawahnya terus skirt kembang
2kg choc fudge cake inside
fondant
RM220

muka diorg ni hampir sama...
sebab acik jenuh tau cari patung berwajah budak kecik..
yang dlm beskal tu afrina punya YAYA...yang acik simpan 7hari 7malam dlm beg bawa kehulu kehilir...bagi Afrina x jumpa main2kan nanti hilang...jenuh pulak nak dijadikan model..





Birthday cupcakes

Order kedua untuk majlis si kecil Muyassarah... Dari Shah Alam mereka datang mengorder... untuk puteri sulung.. dah la comel pulak tu
RM3.50/each



Minnie Mouse Cake

2kg choc fudge cake
mahukan deko minne 
tapi acik sukakan nama anak cik customer ni
'ADELIA' - yang adil
Ada sapa-sapa nak beranak lagi? huhuhu

RM120




Beach Theme Cakes

Kek dibahagian dalam ialah russian black and white. Penghantaran ke subang...dekat dengan Summit, Semenjak giat membuat penghantaran kek ni...acik kepenatan yang teramat rasanya...this week n next week sangatlah pack dengan pelbagai jenis penghantaran kek... Mcm nak employ orang tolong hantokan aje... xpe...sabo-sabo...sikit lagi je tu... huhu :)

Komen kastemer acik mengenai kek ini ialah...:
Kek manis...kalau kurangkan manis lagi sedap! 
Ahah! kek ni memang agak manis ye bagi sesiapa yang tidakberapa gemarkan manis...ia bukan satu option bagi anda...ini ialah kerana lapisan dalam kek adalah lapisan antara chocolate ganache,cheese dan kek sahaja...itulah yang menyebabkan ia agak manis... kalau ia adalah dari lapisan kek dan cream...kemanisan dapat di kurangkan seadanya...
Anyway tqvm hyda...!




Strawberry cheese cake

Order kedua dari mereka yang berada di UIA PJ, Acik buat penghantaran sendiri yer...RM15 area situ




acik gunakan 2jenis strawbrry ini letak di bahagian atas....
sedap taw!

Choc Chip Cookies

chocolate chip cookies with nuts
rm28/50pcs

order dari mereka yang berada di UIA jalan University PJ



Wednesday, February 20, 2013

Harijadi AFRINA : Hello Kitty Cake

Dah dua hari berlalu birthday si Afrina...Saya tak menyempatkan diri membuatkan keknya., Biasanya kalo kek yang melibatkan ahli keluarga sendiri mesti ianya sangatttt....'M'.

Afrina bagitahu dia mahukan kek hello kitty. Sebab setiap kali saya buat kek hello kitty drawing untuk kedai dia akan bagi tahu...ibu nanti buatkan kakak kek hello kitty sama macam ni tau!! Dan lagi dua hari nak birthday saya tanya lagi...dan jawapannya tetap sama....'akak nak kek hello kitty yang ibu lukis atasnya'

Tapi ibu xnak bg lukis punya sebab ianya senang...heheheh! Apa guna mak tokey kek kan? Jadi saya nak ceritakan bagaimana dan berapa menet sahaja saya ambil masa untuk siapkan kek Afrina.

12.10am (20/02/13) - Saya mengadun kek...dia nak kek coklat...Ni 12 tengahmalam taw!
2.30am (20/02/03) - Saya siap memasak kek Afrina dan juga kek2 yang sewaktu dengannya ...banyak taw!
lalu saya tidur. Tapi semasa menunggu kek masak iaitu antara pukul 1240-230, saya siapkan perkataan fondant A.F.R.I.N.A dan bunga2 putih pink yang saya lekatkan pada tepi kek...juga nombor 5.
Lalu saya tidur kepenatan degan harapan akan bangun pukul 530 pagi... Nampaknya harapan kabur... Saya terjaga pukul 648pagi??? Hualamakkkk!!!! Anak-anak nak sekolah? Baju tak gosok?

Lalu dengan kadar segera, terus kejutkan ahli keluarga dan mereka2 yang berkenaan....siap2 semua pukul 730...Hubby hanto anak2 ke sekolah. Tapi saya tak boleh terus buat kek...sebab suhu badan Nini ( Sikecil) agak tiggi...macam demam je. Jadi saya spendkan masa cuba tidurkan dia...

810am (20/02/13) - Nini taknak tidur, saya masukkan ubat bontot. Selepas itu saya Charlie Chaplain macam lipas kudung, sebab kena hantar kek pukul 930pagi. Kek hape pun x siap lagi...
820am (20/02/13) - Start frosting kek... sempat lagi tu membuat fondant...semlm saya x buat si hello kitty tu sebab fondant tak cukup...buat itu ini begitu begini...kek siap pada !
940!!!

BERAPAKAH MASA ACIK SIAPKAN KEK SEBEGINI??? - 1JAM 20 MINIT
DAN SEKARANG ACIK RASA MENGANTUK....

ANYWAY, Afrina kata Ibu terimakasih buatkan kakak kek yang kakak nak....ramai kawan2 kakak cakap kek cantik dan sedap!

kek bahagian atas 6inch      choc fudge almost 1kg
kek bahagian bawah 9inch    choc fudge almost 2.5kg

range prices RM310



cikgu Ika, cikgu kesayangan afrina...tolong potongkan




Kepada Cikgu-cikgu PASTI Ar Raudhah Taman Dato' Harun...Terima kasih keranan membahagiakan anak saya dan mengajarnya....tqvm!!




Monday, February 18, 2013

Kek Hantaran Ombre

Acik tak tahu ombre tu hapeke entah!! Search dalam internet ombre ialah tona warna yang berlainan didalam sebiji kek ataupun kek bertingkat... oho...barulah tahu...ombre rupanya..huhuh, Selama ni acik cuma tahu istilah 'skim coat' je yg selalu guna oleh civil engineer...hehe :)

Order dari Pn Farah untuk adiknya Izzati. Jauh dari Selayang beliau datang meng-collect. Lalu acik buatkan ombre ini nipis2 dan shantek2...kerana ada custmer tanya acik...acik tak buat ombre yang nipis2 dan layer2 yang banyak ke? Bukan tak buat...tapi ombre yang pertama tempohari acik kesuntukan masa untuk mengadapnya...dan customer itu pun tidak meletakkan apa2 ciri2 pada kek nya selain dai simple dan sweet., Tapi tetap cantik kan?

Ombre yang pertama di sini...
http://www.kekafrina.com/2013/01/kek-hantaran-purple-fondant.html

dan ombre version kesilapan di sini...huhu :)
http://www.kekafrina.com/2013/01/kek-hantaran-pink.html

manakala gambar dibawah ombre version sangat cantik

berat kek 1.2~1.4kg
berat kek +fondant =2.8~3kg
jenis kek = choc fudge cake
harga = RM185





Angry Bird Cakes

Ketiga-tiga ekor angry bird tersebut ialah tiga biji kek kecil...
Manakala kek dibahagian bawah ialah kek red velvet

Berat kek seusai acik melayerkan ialah 2+kilos
3ekor kek kecil angry bird
Prices = RM250








dan ini ialah testimoni customer...saya tak mahu tulis suka-suka, nanti kalian x percaya...jadi saya snap dari customer punya sms yer




Boboiboy Draw in Cake

ceritanya kehabisan piping jel. Acik kelupaan mahu top up piping jel sebelum raya cina dan terpaksalah menggunakan buttercream. Petua untuk mendapatkan lukisan yang detail cantiknya untuk jenis cartoon artwork cake, anda perlu menggunakan piping jel...hasilnya sempurna cantik....!





Thursday, February 14, 2013

Red Velvet cake

Ini ialah order yang ketiga dari suhaila...kek di bahagian dalam ialah red velvet cake yer,
Cik Suhaila ni siap bagi dulang hantarannya supaya saya senang nak adjust saiz apa yang sesuai utk kek beliau ni...hihiiii... bagus betullah awak ni!, anyway tq yer dear...




Cupcake Bunga Sakura

Sebagai hantaran seterusnya dari Incik tunangnya kepada cik Suhaila...TQVM Lala..., jauh dari Jelebu datang order



Cupcake Buah-buahan


Order Dari Suhaila yang seterusnya

Wednesday, February 13, 2013

Kek Hantaran Fingurine Purple






Kek Hantaran Fingurine

Ialah mood kek HAntaran Fingurine pada minggu ini yer...
membuat fingurine memerlukan kosentrasi yang tinggi.. itulah sebab harganya juga agak tinggi berbanding dengan yang lain

choc fudge cake inside
RM220




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...